Assalamualaikum. Sudah lama tidak berbicara di laman ini. Maklumlah, pengajian sekarang ini agak sibuk dan sepenuh masa digunakan. Kadang-kadang, masa untuk diri sendiri tidak terurus. Apabila memikirkan pengajian sekarang yang amat memenatkan, timbul pula rasa bersalah terhadap diri sendiri. Perasaan itu hadir dalam lubuk hatiku ketika seorang sahabat aku memberitahu aku bahawa salah seorang sahabat karibku telah pergi meninggalkan dunia yang penuh cabaran ini. Aku tidak akan memberitahu namanya atas sebab-sebab tertentu. Dia berusia sama sepertiku dan mengapa ajalnya begitu cepat? Sedangkan aku masih sihat dan bertenaga. Dalam fikiran aku, dia sepatutnya sihat sepertiku. Aku seperti tidak dapat menerima berita itu. Aku anggapnya itu hanyalah palsu.
Setelah sahabatku menceritakan kejadian yang menimpanya dengan lebih mendalam. Aku terkelu. Aku tidak mampu berkata apa-apa. Aku hampir menangis. Hati aku sayu buat seketika. Aku tidak percaya ini akan berlaku. Walaupun aku kenal dia hanya sementara, aku masih ingat memori aku bersama dia. Walaupun aku jarang bertanya khabar tentangnya, aku masih ingat dirinya. Kesedihan menguasai diri aku. Aku tidak dapat menerimanya. Apakan daya, itulah suratan takdir. Itulah perjalanan hidupnya. Itulah yang terbaik buatnya. Tetapi, kematiannya sungguh indah. Kesedihan aku terubat.
Kemalangan. Adakah itu yang kita ingini? Adakah kita mahu hilang nyawa di jalan raya? Tidak. Aku pun tidak mahu. Hakikatya, itulah yang dihadapi oleh sahabatku. Aku terdiam. Terkejut. Adakah ini benar? Aku memikirkan pasti sahabatku itu meninggal dunia dalam keadaan yang tidak diingini. Tetapi, apabila aku mendengar sepenuhnya, aku silap. Sedihku dibawa lari oleh berita itu. Aku tenang kembali. Aku hanya mampu berkata, "Aku bangga mempunyai sahabat sepertimu, ya akhi."
Ceritanya bermula pada pagi yang amat indah buat sahabatku. Azan subuh berkumandang. Sahabatku itu akan pergi ke masjid untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah. Itulah rutin hariannya. Bukankah itu yang perlu kita lakukan? Dalam perjalanan ke masjid, berlakulah kemalangan. Sedih. Sayu. Jubah yang dipakai tidak ada kesan darah. Kulitnya dilindungi dari luka mahupun calar. Wajahnya yang berseri tidak menunjukkan bahawa keadaannya tenat. Tetapi, ajal tetap ajal. Dia meninggal dunia pada hari yang diberkati, iaitu hari Jumaat. Hatinya dilengkapi dengan 30 juz al-Quran. Semangat juangnya terhadap Islam cukup tinggi. Apakan daya, telah hilang seorang insan yang istimewa di muka bumi ini.
Do you ever feel like breaking down?
Do you ever feel out of place,Like somehow you just don't belongAnd no one understands you?Do you ever wanna run away?Do you lock yourself in your roomWith the radio on turned up so loudThat no one hears you're screaming?
Do you ever feel out of place,Like somehow you just don't belongAnd no one understands you?Do you ever wanna run away?Do you lock yourself in your roomWith the radio on turned up so loudThat no one hears you're screaming?
That is Simple Plan. I think this lyric really suit with what will you read after this. It is more about life. It is about my life that I want to share with you. I want you to feel what happen to me. Do not think that this is serious. I do not want you to be so serious. I just want you think what life should be. Actually, I do not know what kind of journey I want to choose. Confuse. Clueless. Think nothing. All just about want to have fun. Is it true? Yes! That is the best choice. No. That was me when I started to realise the real way of life. Something missing. Not complete. Never complete without it. Love? Couple? Throw that away first. We feel it but we are pretending to forget it. Wait. I want to change. I am the one that forget it. I am the loser. Keep thinking about happiness in the world. It is about after life.
Pengakuan ini benar dariku sendiri buat teman-temanku sekalian. Aku jahil. Aku angkuh. Aku sombong. Segala yang ada di dunia ini, aku ingin kecapi semuanya. Aku bersungguh-sungguh mengejar kejayaan. Benarkah apa yang aku lakukan? Salah? Jawapannya, itulah yang perlu kita lakukan. Tetapi, cara yang menyalahi segala-galanya. Tidak ada sesiapapun yang mengetahui perkara ini kecuali aku. Aku yang bersalah. Aku yang sedar tentang perkara ini. Melalui cerita kematian sahabatku, sayu hati aku dibuatnya. Perit. Bukan kerana sahabatku yang meninggalkan aku. Tentang diriku yang tidak mengambil berat apa yang terjadi selepas ini. Aku hanya mahu bergembira di dunia ini.
After life? Aku tersentap. Aku mula memikirkan perkara itu. Apa yang terjadi pada kehidupan aku selepas ini? Tidak salah bergembira. Tidak salah mengejar kejayaan. Tidak salah bersungguh-sungguh dalam pengajian. Tetapi, bilakah waktu aku untuk bersama Pencipta? Adakah solat lima waktu sehari cukup untuk kehidupan selepas ini? Bolehkah aku membawa keluarga aku ke syurga? Mampukah aku? Dalam kesedihan, aku hanya mampu menjawab tidak. Aku tidak mampu. Aku gagal dalam kehidupan. Walaupun masih dalam era pengajian untuk masa depan, itu bukanlah kejayaan yang sebenar. Aku gagal pada petak permulaan. Sia-sia kehidupan aku selama ini.
Bersendirian di masjid. Melihat insan-insan yang betul-betul memahami erti kehidupan. Beribadat dengan khusyuk untuk bekalan kemudian hari. Berdoa dengan sepenuh hati kerana sedar diri ini lemah sekali. Aku menangis. Mengapa aku tidak memikirkan perkara ini awal-awal? Sedangkan ibu ayahku yang tersayang telah mendidik aku tentang perkara ini. Aku sedar tahap kejahilan aku. Sungguh tinggi. Sungguh hina. Aku mula sedar. Hidup ini sentiasa mempunyai waktu untuk berpatah balik. Jangan berputus asa wahai hati. Jangan bersedih wahai diri yang lemah. Aku bertanya sahabatku tentang situasi ini. Sahabatku berkata, "You realise that you are wrong because you have time".
Aku masih ada masa sebab itu Allah menyedarkan aku. Bersyukur. Aku melihat sahabat-sahabat aku yang soleh. Tidak berputus berdoa kepada Yang Maha Esa. Bersujud meminta keampunan dari Ilahi. Sahabat-sahabat aku sama seperti aku. Bersama-sama menuju kejayaan. Belajar sehingga lewat malam. Menyiapkan kerja-kerja yang sepatutnya. Sibuk dengan buku-buku pengajian. Aku juga seperti itu. Tetapi, aku tetap lain dari mereka. Mereka pandai mencari waktu menghadap Ilahi. Sentiasa sedar bahawa diri lemah dan amat memerlukan pertolongan Yang Maha Esa. Jadi, tahajjud yang mendekatkan mereka dengan Allah. Mereka sentiasa berkomunikasi dengan Allah. Aku yang tidak sedar. Aku perlu berubah.
Apa yang dapat aku katakan, kehidupan ini segala-galanya kerana untuk persediaan kemudian hari. Kehidupan ini indah di mata kita tetapi adakah benar keindahan itu yang kita ingini? Segalanya-galanya baik di hadapan kita tetapi bolehkah membawa kita ke arah syurga Allah? Kesedaran ini bukan sekadar mainan. Kesedaran ini melengkap lagi hati yang kosong. Aku sedar selama ini terlalu fokus kepada dunia apabila dalam kesusahan baru ingn menghadap Allah. Bukankah aku harus sentiasa mengngati-Nya? Itulah yang perlu diubah. Kehidupan kemudian hari akan ditentukan oleh kita. Pintu taubat sentiasa terbuka luas.

No comments:
Post a Comment