Tuesday, 19 August 2014

UNDEFINED


Each second, we can lose everything
Just a few second, can create many memories
Sweet or bad,
Appreciate the time.

     Memory. All just an imaginary. I just said to myself. I think about it, that will not happen. No, it is the truth. All plans from Allah. We seperate, because of Allah. We meet, because of the Mighty. I cannot accept it actually. Far or near. I cannot believe it. It is not about love. Not about the long distance nonsense love relationship. It is about friendship. People that help me to success. Like a key to open the door. It is also same like the brain control the activity. Speechless. All I know, what I trust, that is the best in life.

12 AUGUST 2014

     Itulah hari yang penuh dengan pelbagai perasaan. Gembira. Sedih. Seumpamanya. Aku tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Aku terpaksa berpisah dengan rakan sekelas di MRSM Pengkalan Chepa. Sejauh mungkin menjauhi bumi Malaysia. Aku berpisah dengan rakan-rakan yang lain pun, sudah berair air mata hati. Itu dekat sahaja, masih dalam Malaysia.

     Nama diberi Aina Syamimi. Orangnya sopan santun. Tipulah kalau tidak ada laki yang cair tengok dia. Orangnya beragama, itulah perkara pertama yang sering disebut tentang kriteria dirinya. Bangga juga bila sekelas dengan dia. Macam mana aku tidak bangga, perempuan-perempuan kelas aku semuanya calon-calon isteri mithali. Solehah itu memang solehah. That is not the point. Humble. Itu yang dicari-cari. Aina salah seorang rakan sekelas aku yang suka merendah diri dan antara paling hebat dalam kelas aku. Secara keseluruhan, aku yang paling bawah dalam kelas itu sebab semua hebat-hebat. Tetapi, mereka tidak merendah-rendahkan diri aku. Itulah sebab aku bahagia bersam mereka. Friendship never end.

     Aku ini susah nak belajar. Bila sudah jadi macam itu, aku pergi la usik rakan-rakan aku yang lain. Merapatkan silaturrahim sebagai alasan. Antara mangsa usikan aku, Aina yang paling kerap. Ramai juga yang suka usik dia. Apakan daya, senyuman manis tidak pernah hapus. Bibirnya sentiasa memberi senyuman sahaja apabila diusik. Memang tidak berjaya bila nak usik dia. Penyabarlah katakan. Ataupun, dia da masak dengan usikan-usikan yang kuno itu. Rakan-rakan sekelas aku, yang lelaki khususnya, memang suka usik orang. Kami bukan usik semata-mata ingin mencari gaduh, sekadar ingin menegur sapa. Special thing is not from the special person. It will come from the idea with sincere heart just to make the relationship more stronger.

     Hebat. Aina memang hebat pun. Tidak boleh dinafikan. Tidur dalam kelas, dapat markah tinggi jugak. Aina pernah juga tertangkap tidur dalam. Yang lain, hanya mampu memandang. Bak kata lain, dia penat dan perlu berehat. Jadi bahan ketawa seluruh kelas, lelaki selalunya. All my classmates are supportive. When someone go down, all will go down. It does not mean. We fail. We just feel the person that fail, help the person and go up together. We do not plan to do that. It happens involuntary. No idea about that. Contoh, banyak subjek yang aku lemah. Bila aku minta tolong, ramai yang datang. Look awkward right. Embarrassing. Same teachers, but still cannot get like the others result. Tetapi, bukan itu masalahnya. Aina selalu juga tolong aku. Nampak ikhlas dalam dirinya. Sebab itu, dia berjaya dalam setiap langkah hidup.

    Kisah lucu tengtangnya, ketika subjek Matematik Tambahan. Ini cerita ketika tingkatan 4. Memang lucu. Kisah ini berlaku sekejap sahaja. But, It will be remembered all the time. Funny memory. Cikgu Matematik Tambahan kami memang lain dari yang lain. Menakutkan. Bukan sebab garang. Bukan sebab rotan. Sebab pistol air bersam air Yaasin, kadang-kadang air Zam-Zam. Walaupun air itu istimewa, kami tidak mahu basah kuyup. Air. Buat apa nak takut? Ada rahsia sebaliknya. Cikgu bertanya kepada Aina, "Apa nama function ini?" dalam keadaan semua berdiri tetapi cikgu mengacukan bazuka air kepada Aina. Semestinya menggigil. Aina senyap terlalu lama. Jawapan yang diberinya, "Aina". Kami senyap. Did not know what to say. Speechless. Is that a joke? Penamatnya, satu kelas ketawa. Aina salah dengar. Seolah-olah, cikgu bertanyakan namanya,

     Setiap yang berlaku, ada yang membawa ke arah kejayaan. Sekarang, Aina telah selamat berada di Amerika Syarikat. Dia menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan di sana. Alhamdulillah. Kami masih berhubung. Kawan, tidak akan dilupakan.

     Sebelum dia akan ke Amerika Syarikat, dia memberitahu kami semua. Aku salah seorang yang pergi ke lapangan terbang itu. Bukan hari minggu. Keesokan hari itu, aku ad kelas. Aku tetap ingin pergi. She's my friend. I have transport. I can manage the time. It will not cost me. So, that is the reason I decided to meet her before she went to USA. Aku berfikir, tidak ada hadiah nak bagi ke? Sebagai wakil kelas, aku beli "Famous Amos". Aku bagi hadiah itu dalan keadaan tidak sempurna. Aku balut dengan kertas putih macam sampah dan plastik merah yang cepat koyak. People call that, it is rare. Semoga hadiah itu mengingakan dia tentang Birunizers (nama kelas aku). Hadiah itu ibarat daripada kami sekelas.

     Aku sampai di KLIA. Aku berasa malu dengan dia. Tidak pernah lagi rasa malu. Actually, I am an innocent person. Tiba-tiba, rasa segan. Ini sudah lain. Walau bagaimanapun, aku ingin sangat jumpa dia. Alhamdulillah. Allah gave me the chance to meet her. Not just her, with her big family. Her family was so friendly. Keluarganya bertanya tentang aku dan pengajian aku. Malu. Segan. Aku ini tidak sehebat Aina.

     Tetapi, bila Aina pergi ke negara luar untuk sambung belajar, secara tidak langsung aku pun begitu. Satu kelas pun begitu. Kami dapat rasa, kami juga berada di luar negara untuk sambung belajar. Lebih-lebih lagi, diriku yang tidak layak ini. Terima kasih, Aina.

     Dalam perjalanan pulang, hati aku sayu. Tidak tahu kenapa. Secara tiba-tiba, itu perkara pelik yang berlaku. Lagipun, itu bukan kekasih aku. Kenapa aku rasa begitu? Apa ini? Aku keliru. Aku senyap sahaja keesokan harinya. Mata ingin mengeluarkan air yang sayu. Air itu mungkin membasahi pipi aku. Tetapi, tidak berlaku. Hati aku sahaja yang sedih. Perkara ini terjawab.

"When it is true friendship, that relationship will remain in your heart. It will keep remembering you how difficult your life when your friends are too far from you"

     Kawan-kawanku, hati aku mungkin sudah mencapai tahap yang paling atas dalam persahabatan. Aku tidak boleh menjalani hari-hariku tanpa kamu semua. Semoga berjaya kawan-kawanku.

     Kepada Aina, mungkin ayat-ayat di atas menyakitkan hati Aina. Ampunku pinta. Dalam hati, tidak mahu terlalu sentimental. Terpaksa letak kisah lucu tentang Aina. Tetapi, banyak yang menusuk kalbu dan mungkin kesedihan serta kasayuan menguasai luahan ini. Ampun dari kami. Semoga berjaya di sana. Kami bangga mempunyai sahabat sepertimu.

Monday, 11 August 2014

AVOID SERIOUS RELATIONSHIP


     I just want to share about my love story. I think, just not so love story because I did not make any love relationship. Of course with a girl, and I was not serious at all. Sorry, I want to type in malay. Cerita ni bermula masa aku masuk sekolah menengah.
     First of all, I have 3 secondary school. Ketika tu aku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Serting, banyak pahit manis di sekolah tu. Namanya, tentulah aku tak nak bagitahu. Tetapi, gadis tu banyak mengajar aku tentang kehidupan. Maklumlah, aku ni agak kolot tentang kehidupan. In other words, lifeless and do not know how to appreciate life. Gadis tu aku rapat dari tingkatan 1 dan berakhir ( still friend, not so close) mungkin ketika tingkatan 3. Awalnya, aku berutus surat dengan dia. Memang berbunga-bunga ayat aku. Aku sanggup hias surat-surat tu semata-mata nak bagi dia. Aku ingat lagi mula-mula dia bagi aku lirik lagu "Setanggi Syurga-InTeam", itulah permulaan aku suka lagu tu. Dialah banyak nasihat aku. Klau ikutkan, semua ingat aku bercinta dengan dia. Just want to highlight, we are not in love.
     Memang riuh  pasal ni kat sekolah (dalam batch sahaja). Aku tak tahu nak cakap apa, aku diam dan buat tak tahu. Masa tingkatan 2 (semestar ke-2), aku pindah sekolah. Aku berhijrah ke MRSM Gemencheh. Sebab? Aku tak boleh bagitahu. Rahsia. Aku masih berhubung dengan dia dan ketika itu sudah boleh bawa telefon bimbit. Lama-kelamaan, aku jarang berhubung dengan dia. Aku tak tahu kenapa. Aku yang sibuk atau perkara lain. Aku kasihan kat dia. Timbul fitnah, ada yang cakap aku sudah ada girlfriend. Aku main-mainkan dia. Semuanya yang negatif. Aku sedih dan terkelu. But, another special thing about me is I will try to be cool and it always happen. Sad thing is she believed all those rumours.
     One day, I realise something that really meant to me. My friends told me about "Halal and Haram" in relationship. Katanya, hubungan percinta ketika ini mengarut sahaja dan semuanya nafsu. Walaupun sekadar rapat sahaja, lama-kelamaan hati akan berubah juga ke tahap yang lebih mencabar. Nafsu mulai menguasai diri. Sejak itu, aku cuba menjauhi gadis itu. Bukan kerana benci. Bukan kerana ingin mainkan perasaannya. Kerana, aku sudah mulai rasa hubungan kami sudah mula ke arah yang mencabar dan ia soal hati. Percintaan dan kasih sayang. Aku pun membuat keputusan untuk kurang berhubung. Hati aku ini susah ingin menerangkan segalanya. I am not a sentimental person. Tetapi, itulah jalan terbaik untuk aku dan amat terbaik untuknya. Aku berjaya memberitahunya. Impaknya, kawan-kawannya cakap bahawa aku sengaja buat begitu kerana aku ingin rapat dengan perempuan lain. Lebih teruk, aku difitnah bahawa aku telah bercinta dan gadis itu ibarat pengganggu. Dalam hati aku, "Aku buat semua ini kerana aku hormat dirimu sebagai penghias dunia, wahai wanita". Ustaz aku pernah cakap,
"Perempuan ini hiasan dunia yang perlu kita hormati. Kita sahaja yang tidak tahu. Allah menjadikan mereka semua sungguh istimewa. Tetapi, kaum laki mempermainkan hati mereka. Wahai kaum lelaki! Cinta seorang wanita ibarat maruah mereka. Jika mereka meluahkan perasaan cinta dan sayang pada kamu sebelum akad nikah, maknanya maruah mereka tercemar dan bukan halal lagi. Sudah rosak. Jadi, kamu lelaki! Kamu berkuasa. Kawal hubungan itu. Itulah penghormatan yang dapat kamu berikan kepada mereka."
     Aku ingat, mungkin aku ingin rapat dengan dia semula. Mungkin suatu hari nanti. Aku harap, dia jumpa yang terbaik. Dengar-dengar, dia sudah berpunya. Baguslah kalau begitu. Gadis itu istimewa sebab banyak tolong aku. Yang paling istimewa tentang dia, dia sanggup jadi kawan aku sedangkan diri aku ni jahil. Terima kasih wahai saudari. Moga kau ditempatkan bersam orang-orang yang beriman.

Notes : Cinta dan kasih sayang kita hanya untuk perempuan ajnabi yang telah sah menjadi raja/permaisuri hati kita

Saturday, 9 August 2014

KNOWING EACH OTHER

Assalamualaikum, Im still new in this famous social networking. Sorry because I have a very ugly blog and Im sure it might make your eyes sick. But, I will customize ii later. I will be the best blog ever! Hahaha... sound funny? No right... it will come true. If you don't know me, its okay. Im just a simple and not so handsome guy. most important about me, I keep trying to be a friendly person. Don't worry, I don't like the phrase about "Don't judge a book by its cover"... Im not like that. For further information about me, I will update my full version profile. Take note, this blog is just about me... my experience that I will share with all of you. Hope you guys can take benefit. And, I will put my pictures... not my face. Just pictures that I captured by myself. Thanks!