Monday, 11 August 2014

AVOID SERIOUS RELATIONSHIP


     I just want to share about my love story. I think, just not so love story because I did not make any love relationship. Of course with a girl, and I was not serious at all. Sorry, I want to type in malay. Cerita ni bermula masa aku masuk sekolah menengah.
     First of all, I have 3 secondary school. Ketika tu aku di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Serting, banyak pahit manis di sekolah tu. Namanya, tentulah aku tak nak bagitahu. Tetapi, gadis tu banyak mengajar aku tentang kehidupan. Maklumlah, aku ni agak kolot tentang kehidupan. In other words, lifeless and do not know how to appreciate life. Gadis tu aku rapat dari tingkatan 1 dan berakhir ( still friend, not so close) mungkin ketika tingkatan 3. Awalnya, aku berutus surat dengan dia. Memang berbunga-bunga ayat aku. Aku sanggup hias surat-surat tu semata-mata nak bagi dia. Aku ingat lagi mula-mula dia bagi aku lirik lagu "Setanggi Syurga-InTeam", itulah permulaan aku suka lagu tu. Dialah banyak nasihat aku. Klau ikutkan, semua ingat aku bercinta dengan dia. Just want to highlight, we are not in love.
     Memang riuh  pasal ni kat sekolah (dalam batch sahaja). Aku tak tahu nak cakap apa, aku diam dan buat tak tahu. Masa tingkatan 2 (semestar ke-2), aku pindah sekolah. Aku berhijrah ke MRSM Gemencheh. Sebab? Aku tak boleh bagitahu. Rahsia. Aku masih berhubung dengan dia dan ketika itu sudah boleh bawa telefon bimbit. Lama-kelamaan, aku jarang berhubung dengan dia. Aku tak tahu kenapa. Aku yang sibuk atau perkara lain. Aku kasihan kat dia. Timbul fitnah, ada yang cakap aku sudah ada girlfriend. Aku main-mainkan dia. Semuanya yang negatif. Aku sedih dan terkelu. But, another special thing about me is I will try to be cool and it always happen. Sad thing is she believed all those rumours.
     One day, I realise something that really meant to me. My friends told me about "Halal and Haram" in relationship. Katanya, hubungan percinta ketika ini mengarut sahaja dan semuanya nafsu. Walaupun sekadar rapat sahaja, lama-kelamaan hati akan berubah juga ke tahap yang lebih mencabar. Nafsu mulai menguasai diri. Sejak itu, aku cuba menjauhi gadis itu. Bukan kerana benci. Bukan kerana ingin mainkan perasaannya. Kerana, aku sudah mulai rasa hubungan kami sudah mula ke arah yang mencabar dan ia soal hati. Percintaan dan kasih sayang. Aku pun membuat keputusan untuk kurang berhubung. Hati aku ini susah ingin menerangkan segalanya. I am not a sentimental person. Tetapi, itulah jalan terbaik untuk aku dan amat terbaik untuknya. Aku berjaya memberitahunya. Impaknya, kawan-kawannya cakap bahawa aku sengaja buat begitu kerana aku ingin rapat dengan perempuan lain. Lebih teruk, aku difitnah bahawa aku telah bercinta dan gadis itu ibarat pengganggu. Dalam hati aku, "Aku buat semua ini kerana aku hormat dirimu sebagai penghias dunia, wahai wanita". Ustaz aku pernah cakap,
"Perempuan ini hiasan dunia yang perlu kita hormati. Kita sahaja yang tidak tahu. Allah menjadikan mereka semua sungguh istimewa. Tetapi, kaum laki mempermainkan hati mereka. Wahai kaum lelaki! Cinta seorang wanita ibarat maruah mereka. Jika mereka meluahkan perasaan cinta dan sayang pada kamu sebelum akad nikah, maknanya maruah mereka tercemar dan bukan halal lagi. Sudah rosak. Jadi, kamu lelaki! Kamu berkuasa. Kawal hubungan itu. Itulah penghormatan yang dapat kamu berikan kepada mereka."
     Aku ingat, mungkin aku ingin rapat dengan dia semula. Mungkin suatu hari nanti. Aku harap, dia jumpa yang terbaik. Dengar-dengar, dia sudah berpunya. Baguslah kalau begitu. Gadis itu istimewa sebab banyak tolong aku. Yang paling istimewa tentang dia, dia sanggup jadi kawan aku sedangkan diri aku ni jahil. Terima kasih wahai saudari. Moga kau ditempatkan bersam orang-orang yang beriman.

Notes : Cinta dan kasih sayang kita hanya untuk perempuan ajnabi yang telah sah menjadi raja/permaisuri hati kita

4 comments:

  1. sweet rupanya hariz ni hahahaha jangan tekan blog aku . aku private hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA. aku pun pandai la sweet2 nih. asal private? aduhhh...

      Delete
    2. sweet sangat kau ni . kalau aku jadi that girl , mesti aku rasa melting hahahahaha *gurau gurau* saje private . tanak kasi kau jumpa hahahaha

      Delete
  2. some i can read, some don't.

    ReplyDelete